Biodata Beliau
Beliau merupakan seorang penulis bebas yang sudah hampir 3 dekad melibatkan diri dalam bidang penulisan. Bermula sebagai seorang wartawan kemudian menyertai sektor pendidikan tinggi awam dan pendidikan swasta sebelum membabitkan diri dalam penulisan sepenuh masa. Karya beliau pernah diterbitkan bukan sahaja di akhbar dan majalah tempatan tetapi turut dimuatkan dalam buku.
Karya Beliau
Karya beliau banyak melibatkan pendidikan remaja terutama dalam usaha untuk membantu mereka menulis. Sudah ramai pelajar yang berjaya dididik oleh beliau dengan memperkenalkan pelbagai teknik menulis yang bukan sahaja mudah tetapi pratikal. Menulis pada beliau lebih memerlukan latihan daripada bakat semata-mata dengan teknik yang betul.
Blog Beliau
Cikgu Azman mempunyai beberapa blog yang menyediakan bahan-bahan penulisan yang amat berguna untuk pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan.