Thursday, October 22, 2020

Kejadian bekalan air yang terganggu satu masalah besar

Kejadian bekalan air yang terganggu di kawasan negeri Selangor baru-baru ini bukan sahaja membuka mata masyarakat mengenai masalah bekalan air tetapi turut membangkitkan pelbagai persoalan mengenai kemampuan rakyat negara ini menguruskan sumber bekalan mentah itu.

Persoalan punca kejadian yang menyebabkan bekalan air ini terganggu masih belum terjawab sepenuh. Apakah sememangnya masalah ini disebabkan oleh kewujudan kilang di kawasan sungai? Atau adakah perkara ini sudah lama diabaikan sehingga kebanjiran kilang di kawasan berhampiran sungai ini terus wujud? Atau adakah ini juga berkaitan dengan kelemahan dalam sistem perundangan negara dalam menguruskan aspek bekalan air itu? Atau ketidakmampuan pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka?

Namun, satu perkara yang jelas ialah masalah gangguan bekalan air ini terus dan akan berlaku pada masa depan. Rakyat terutamanya golongan tua yang duduk bersendirian akan menghadapi kesukaran untuk memperoleh bekalan air mereka sendiri itu. Begitu juga, rakyat yang bekerja sepanjang hari kemungkinan tidak lagi mempunyai tenaga untuk mengangkat air selepas penat bekerja di pejabat. Semuanya ini menambahkan tekanan yang hebat terhadap kehidupan masyarakat yang sedang dibelenggu dengan isu Covid-19 itu pula.

Bekalan air merupakan satu keperluan harian yang amat penting. Perkara ini perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang tinggi kerana bukan mudah untuk memastikan bekalan air diterima oleh semua rakyat di negara ini. Masalah ini bukan sahaja perlu dikaji tetapi turut diselesaikan oleh pihak yang mempunyai kemampuan sebenar dalam bidang ini.

Sudah sampai masanya, kita berusaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air ini secara lebih efektif.

No comments:

Post a Comment

Cara-cara murid boleh menjaga alam sekitar

Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua, termasuk murid-murid di sekolah. Dengan langkah yang kecil, kita boleh memberikan impa...