Kaedah mengukur kebijaksaan seseorang ialah kemampuan mereka untuk berubah
Dalam kehidupan zaman manusia yang penuh dengan ketidakpastian ini, kemampuan untuk mengubah pemikiran atau sesuaikan diri merupakan satu kemahiran yang amat diperlukan. Jika kita sebagai manusia tidak memberikan kebenaran untuk menukar pemikiran sendiri, sudah pasti kita tidak akan mampu melakukan apa-apa perubahan dalam hidup.
Kebijaksanan merupakan satu keinginan manusia untuk mempelajari dan melakukan lebih baik daripada kebiasaannya. Kebijaksanaan merupakan satu proses yang selalu berlaku. Lantaran itu, kebolehubahan atau kemampuan untuk menyesuaikan diri merupakan satu ukuran utama kebijaksanaan yang dimiliki oleh seseorang itu.
Kehidupan ini merupakan beberapa siri kejadian perubahan yang akan berlaku sama ada dipersetujui atau tidak oleh diri sendiri - kita sebagai manusia selalu berubah dan tidak ada apa-apa yang boleh menghalang perubahan.
Jika kita mahu perkara itu berlaku mengikut acuan kita sendiri, maka kita perlulah berusaha untuk melakukan perubahan. Kebijaksanaan yang dimiliki itu membolehkan kita untuk memberikan perhatian terhadap persekitaran lalu memeproleh kemahiran yang diperlukan untuk meneruskan kesinambungan hidup.
Ada seorang sarjana, saya sudah lupa namanya, yang mengatakan bahawa manusia hanya boleh meneruskan kehidupan ini jika dirinya menjadi matang. Cara untuk menjadi matang ialah kita perlu berubah. Satu-satunya cara untuk berubah ialah kita mesti belajar. Satu-satunya cara untuk belajar ialah kita mesti mendedahkan diri seluas mungkin. Dan satu-satunya cara yang membolehkan kita mendedahkan diri ialah kita membiarkan sahaja diri dalam semua perkara yang berlaku dalam hidup. Ringkasnya, kita hanya perlu lakukannya.
Jika kita tidak secara akif meneroka cara untuk berubah sudah pasti kita akan menjadi kayu yang reput yang akan mati bila masanya tiba. Jika kita terperangkap sebegini sudah pasti kita tidak mampu untuk menggunakan seluruh kelebihan diri sendiri lalu kita menjadi orang biasa sahaja. Tiada perubahan akan berlaku. Kita teruskan hidup sahaja - sama selama-lamanya.
Sebagai manusia kita perlu selalu mempersoalkan tindakan kita terutama tindakan yang kita lihat sebagai asas tetapi tidak membawa sebarang perubahan yang besar dalam kehidupan diri. Perubahan dalam kemampuan diri berlaku apabila insan itu melihat keperluan untuk melakukan sesuatu berbeza daripada sebelum ini. Apabila kita cuba berubah sudah pasti kita akan mahu sesuatu yang lebih baik buat diri sendiri seperti mempelajari pengalaman-pengalaman baharu, melakukan sesuatu yang baharu dan mencabar pemikiran kita tentang erti kehidupan serta sebagainya. Dalam proses berubah ini pastinya tahap kebijaksaanan turut berubah kerana kita terdedah kepada pelbagai jenis idea baharu yang akan membawa perubahan yang lebih baik kepada kehidupan sendiri.
Banyak insan di dunia ini yang sudah terbiasa dengan melakukan rutin harian atau sikap sendiri. Akibatnya mereka tidak mahu berubah untuk menjadikan sesuatu proses atau kerja itu lebih baik, pantas dan sempurna. Mereka sudah tertutup mindanya. Itu maksud saya bahawa dalam kehidupan moden ini tahap kebijaksaanan diukur menerusi kemampuan seseorang itu untuk berubah. Berapa pantas dia boleh dan sanggup untuk berubah?
Jika kita masih bergantung harap pada amalan pemikiran terdahulu, prinsip kehidupan terdahulu atau rutin terdahulu serta sikap yang kita gunakan lima atau tujuh tahun yang lalu, jelaslah kita tidak berubah.
Kemampuan kita untuk berubah mengikut masa boleh membantu kita untuk meneruskan kehidupan ini malah mencapai kejayaan. Kita perlu ingat bahawa untuk menjadi lebih baik kita perlu berubah dan untuk menjadi sempurna kita perlu selalu berubah. Jika saya tidak silap kata-kata ini diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri Britain yang terkenal ketika perang dunia iaitu Winston S.Churchill.
Perkara yang baik tentang membuat perubahan atau meningkatkan kebijaksanaan diri dalam kehidupan ialah kita tidak perlu melakukan perubahan yang drastik atau radikal setiap hari. Sebaiknya perubahan yang secara kecil tetapi konsisten itu lebih bermakna. Kita boleh mulakan perubahan ini dengan cuba mempelajari sesuatu yang baharu, mencuba sikap baharu, atau mencuba tindakan yang baharu tetapi boleh memberikan perubahan yang ketara dalam kehidupan harian sendiri.
Kemampuan untuk mengakui kelemahan diri, mempelajari sesuatu yang baharu, mengamalkannya dan menubahsuaikan mengikut keperluan serta menghadapi cabaran ,erupakan elemen asas dalams etiap cerita mengenai kejayaan yang kita dengar setiap Hari itu. Kejayaan akan dicapai buat sesiapa Sahaja yang berani untuk keluar daripada kebiasaan sebelum ini untuk memperoleh kejayaan yang lebih baik demi masa depan yang cerah
Kita sebagai manusia akan terus berubah. Baik untuk kebaikan atau pun membawa keburukan. Jadi, gunakan kemampuan untuk berfikir supaya kita mampu mencapai potensi diri dengan sebaik-baiknya.
Mahu berubah dengan saya?
No comments:
Post a Comment